Saturday 11 July 2015

Dari gaji ke pelaburan


Salam..

Saya ingin berkongsikan sedikit pengalaman saya tentang pelaburan AMANAH SAHAM BUMIPUTERA atau ASB. ASB merupakan pelaburan jangka sederhana dan panjang yang khas untuk bumiputera sahaja. Jadi ini merupakan satu peluang kepada kita untuk direbut berikutan pulangannya agak lumayan dan tanpa risiko.

Apa yang saya nak dikongsikan disini adalah pelaburan asb menggunakan duit gaji bulanan. Hasilnya sangat berbaloi tanpa perlu mengambil risiko yang tinggi. 100% wang anda akan selamat. Saya ni pekerja swasta dan gaji pun tak la sebesar mana. Jadi saya ambik keputusan untuk melaburkan sebahagian dari gaji bulanan saya supaya gaji yang laburkan itu berkembang.

Cara yang saya buat adalah

1-Buat loan di EASY RHB ASB sebanyak rm100,000 selama 25 tahun. Jadi bulanan yang kena bayar ialah RM600.

2- Bayar loan setiap bulan sampai hujung tahun, 600x12=rm7,200. Modal setahun RM7200 je.

2-Bila awal tahun, iaitu bulan januari ASB akan masukkan dividen dan bonus dalam buku kita. Anggaran anda dapat RM100,000 x 8% = RM8,000. Bermakna anda dah untung RM800. Anda boleh guna duit RM800 sebagai HADIAH kepada diri anda kerana anda bersabar selama setahun. Duit yang lebih tu anda buat pusingan untuk setahun bayar terus. Jadi tahun kedua anda dah tak perlu bayar bulanan Rm600 lagi.

3-Teruskan buat kaedah hadiah diri anda dan bayar setahun loan untuk tahun berikutnya.

4-Bila masuk tahun ke empat, tutup tamatkan akaun loan anda!! Pergi kat bank tu anda buka akaun dulu tu  kata nak tutup akaun. (Kat mana2 cawangan bank RHB biru tu cepat sikit proses) Dengan kaedah tutup akaun ni, anda akan dapat lebihan wang yang anda dah bayar sepanjang loan anda buat tu. Mungkin anda akan dapat RM3000 hingga RM4000 hasil dari lebihan tu. Dah untung dah tu.

Secara kesimpulan nya anda Laburkan RM7200, anda dapat RM800+RM800+RM800+RM8000+RM4000 = RM14400.
Anda untung 14400-7200 = RM7200.
Bermakna selama 4 tahun wang simpanan pelaburan anda akan berganda.

Saya dah buat. Memang jadi.

Mulakan dari sekarang. Jangan tunggu lama2. Lagi cepat lagi bagus. Pergi mana bank yang tawarkan loan ASB. Buat loan jumlah max, dah tempoh max. Ikut kaedah saya, hidup anda pasti selesa.